Bercerita tentang produk Zaisara, pada awal penubuhan syarikat Zaisara Enterprise secara rasmi, pembuatan kami lebih kepada kuih raya.
Selepas beberapa tahun, pengasas, Puan Zaiton Abd Shukor telah menyatakan hasrat untuk mengembangkan perniagaan biskut ini di luar musim perayaan. Hasil inovasi dan penyelidikkan bersama oleh puan Zaiton dan anak lelakinya, Tuan Ahmad Harmaini, terhasillah biskut Oat Chocolate Chip. Setelah itu, produk biskut dikembangkan lagi dengan menghasilkan kepelbagaian dalam biskut berasaskan Oat.
Selain kuih raya dan biskut, kami juga membuat kek. Kek Coklat Moist, Kek Blueberry dan kek potong. Kami juga menawarkan brownies dan blondies serta cupcake.
Apabila pelbagai produk yang dibuat dan mendapat tempat di hati para pelanggan kami, mereka mengulang order dan belian dengan cara lain pula. Maka, kami memulakan langkah menawarkan doorgift berasaskan produk Zaisara. Doorgift biskut , kuih raya dan kek. Semuanya kami tawarkan untuk anda agar dapat berkongsi bersama ahli keluarga dan kenalan.