Malaysia cukup terkenal dengan kepelbagaian makanan . Hasil daripada masyarakat majmuk yang hidup harmoni di Malaysia ini. Bermula dari hidangan Sarapan hingga ke Makan Lewat Malam, terlalu banyak tawaran yang menarik untuk dinikmati. Kepelbagaian ini bukan sahaja menarik minat pelancong, malah di kalangan penduduk tempatan sendiri, ada yang belum merasa dan mencuba hidangan dari negeri lain.
Apakah yang menyebabkan makanan di Malaysia ini menjadi sebutan?
Selain menggunakan bahan tempatan, air tangan orang tempatan juga memainkan peranan besar dalam hal ini. Bak kata orang, inilah hasil Buatan Malaysia. Kerana Buatan Malaysia ini, ia meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat Malaysia dan para pelancong yang berkunjung ke sini. Secara tidak langsung, keindahan Malaysia disampaikan melalui produk Buatan Malaysia.
Menjadi satu kebanggaan apabila produk Zaisara juga antara produk yang mendapat pengiktirafan Buatan Malaysia. Biarpun biskut Oat kami , rupanya dilihat sama seperti keluaran negara lain, tetapi identiti Malaysia, tidak kami tinggalkan. Biskut Oat yang mengandungi hasil Sawit kebanggaan Malaysia lebih menyerlahkan rasa pada setiap gigitan biskut.