zaisara-logo

PILIHAN SEPANJANG MASA

Semestinya tidak asing lagi dalam masyarakat kita untuk meraikan sambutan hari ulangtahun kelahiran atau perkahwinan ahli keluarga, sahabat handai mahupun hari untuk menghargai seseorang dan sumbangan mereka. Pelbagai juadah yang enak dan aneka pemanis mulut disajikan kepada tetamu yang datang bagi memeriahkan majlis sambutan itu dan pastinya ‘door gift’ juga turut disediakan untuk mereka.

Pemilihan isi kandungan ‘door gift’ yang sesuai seperti ‘cookies’, ‘muffin’ atau ‘cupcake’ mampu memberi kepuasan lebih-lebih lagi apabila mereka menikmatinya dengan insan yang tersayang. Dalam masa yang sama, mereka yang diraikan juga pasti berasa gembira seperti di awang- awangan dengan pilihan kek istimewa dan bahagia apabila dikelilingi oleh sanak saudara serta kenalan yang rapat.

Sesungguhnya pemilihan kek atau ‘cookies’ yang sesuai mengikut citarasa semua orang mampu menerbitkan senyuman kegembiraan selepas gigitan pertama, contohnya “Wah, sedapnya kek ini!” disamping dapat menceriakan suasana majlis. Keadaan ini juga turut dirasakan apabila kita menghadiahkan kek, ‘cookies’ atau apa-apa makanan sekalipun untuk meraikan diri sendiri setelah mendapat pencapaian yang membanggakan sama ada dalam akademik mahupun pekerjaan

– amirah-

Kami  berbesar hati menerima tempahan daripada anda. Kami juga mengucapkan terima kasih kerana membeli produk kami. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di facebook, instagram atau whastapp. Klik icon di bawah untuk terus berhubung dengan kami. 

"Kami berusaha menghasilkan biskut dan kuih raya yang membuatkan anda sentiasa teringat - ingat kami"

 Zaiton Shukor, Founder Zaisara Home Cookies.