Fokus Zaisara pembuatan kuih raya dan biskut
Kami di Zaisara Home Cookies berasa bertanggungjawab untuk memastikan kuih raya dan biskut buatan Malaysia ini tidak hanya terhad pada pembuatan tempatan dan pasaran sekitar.
Kami khuatir,sekiranya berterusan pembuatan secara mikro kecil-kecilan, kuih raya dan biskut raya ini lama -lama akan dilupakan hanya kerana tiada pengeluaran yang besar untuk pasaran seluruh Negara.
Selain itu juga, perkembangan industri makanan dan minuman pada masa kini, memperlihatkan generasi muda yang ada semakin kurang mengenali Kuih Raya berbanding manisan dari negara luar yang semakin berkembang.
Kerana itu, Zaisara berusaha dan berteguh di dalam industri pada hari ini dengan harapan legasi kuih raya dan biskut raya berterusan sebagai warisan Malaysia dan tidak akan dilupakan.